Sunday, March 20, 2022

TAJUK: IBADAH KORBAN


 Assalamualaikum dan hai semua..

 💖Selamat datang ke blog pertama saya💖

Pada hari ini, saya akan memberitahu mengenai ibadah korban🐪

Hari Raya Aidiladha atau dikenali sebagai Hari Raya Korban merupakan perayaan yang disambut oleh umat Islam di seluruh dunia. Hal ini bagi memperingati peristiwa kesanggupan Nabi Ibrahim untuk mengorbankan anaknya Nabi Ismail sebagai tindakan mematuhi perintah Allah SWT.

Hari Raya Korban akan tiba tidak lama lagi, umat Islam akan menyambutnya dan satu keistimewaan sambutan ini adalah ibadah korban dengan upacara menyembelih binatang ternakan yang sah dijadikan korban. Sebagaimana yang kita tahu, ibadah korban merupakan amalan yang sangat dituntut dalam Islam yang mana ianya bertujuan untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT. 

Dalil pensyariatannya sabit dengan al-Quran dalam surah al-Kauthar ayat dua. Sebagaimana firman Allah:

فَصَلِّ لِرَبِّكَ وَانْحَرْۗ

Maksudnya: "Maka laksanakanlah salat karena Tuhanmu, dan berkorbanlah (sebagai ibadah dan mendekatkan diri kepada Allah).


Konsep Korban Penyembelihan binatang Al-An'am yang dilakukan pada hari kesepuluh Zulhijjah sehingga akhir hari Tasyriq. Ini dilakukan dengan tujuan beribadat kepada Allah.

Hukum Korban Sunat muakkad bagi orang yang mampu melakukannya tetapi bagi Rasulullah SAW, korban adalah wajib.




🌷SEJARAH DISYARIATKAN KORBAN🌷

Ibadah korban disyariatkan pada tahun kedua Hijrah sebagai mengingati kisah pengorbanan Nabi Ibrahim dan anaknya Nabi Ismail 'alaihisalam. Nabi Ibrahim diperintahkan oleh Allah SWT supaya mengorbankan anaknya Nabi Ismail untuk menguji ketaatan dan kesetiaan baginda kepada Allah SWT.


Seterusnya, kita pergi kepada rukun-rukun dan syarat-syarat korban:

RUKUN-RUKUN KORBAN SYARAT-SYARAT KORBAN
-Binatang korban

-Masa korban

-Orang yang dituntut membuat korban
-Binatang Al-An'am

-Bermula pada hari Raya Korban selepas solat hari Raya dan pada hari-hari Tasyriq

-Tidak mempunyai sebarang kecacatan yang buruk

-Islam, merdeka, berakal, baligh, bermukim dan berkemampuan


Contoh binatang Al-An'am:




KERBAU


UNTA


LEMBU


KAMBING


👉PEMBAHAGIAN DAGING KORBAN👈
  • Daging qurban hendaklah dibahagi-bahagikan kepada orang Islam terutamanya fakir dan miskin serta kaum kerabat. Ia tidak boleh diberi kepada orang kafir.
  • Orang yang membuat korban juga sunat untuk memakan daging korban tersebut.
  • Orang yang menerima daging korban ini, jika dia seorang yang fakir dan miskin, dia boleh memakan daging tersebut, menyimpannya ataupun menjualnya.


Tahukah anda apa hikmah berkorban?
Berikut merupakan antara beberapa hikmah berkorban:




SUNAT-SUNAT KORBAN

1) Orang yang melakukan korban hendaklah menyembelih sendiri binatang korban jika dia mampu melakukannya.

2) Penyembelihan hendaklah dilakukan dengan menghadap ke arah Kiblat.

3) Alat yang digunakan untuk menyembelih hendaklah tajam.

4) Orang yang melakukan penyembelihan mestilah membaca Bismillah, berselawat dan bertakbir sebelum dan selepas Bismillah serta berdoa.


Untuk pemahaman lebih lanjut, anda boleh melihat youtube tersebut👇





KAITAN KESELURUHAN BLOG DENGAN ASPIRASI DAN HALA TUJU PENDIDIKAN DI MALAYSIA



Infografik aspirasi sistem pendidikan di Malaysia.


Secara umumnya, terdapat lima aspirasi sistem pendidikan di Malaysia iaitu akses, kualiti, ekuiti, perpaduan dan kecekapan. Saya telah menghasilkan blog yang sesuai dengan bidang pengkhususan saya iaitu pendidikan Islam, yang bertajuk "Korban". Blog yang saya hasilkan ini berkait rapat dengan beberapa aspirasi pendidikan yang terdapat di Malaysia. Berikut merupakan kaitan keseluruhan blog saya yang bertetapan dengan aspirasi pendidikan Malaysia.

1) Akses

Blog saya sangat mudah dan cepat untuk diakses oleh orang ramai kerana ianya tidak memerlukan masa yang begitu lama untuk berfungsi. Jadinya, masyarakat yang tinggal di kawasan pedalaman boleh mengakses blog ini dengan cepat. Seterusnya, bahasa yang digunakan dalam menghasilkan blog bertajuk korban ini amatlah mudah difahami oleh semua golongan masyarakat kerana saya menggunakan struktur ayat yang mudah dan padat. Justeru itu, blog berkaitan korban ini begitu sesuai untuk semua tahap pendidikan. Oleh itu, semua golongan akan berpeluang untuk mempelajari berkaitan tajuk korban ini bagi mengasah pemahaman mereka dengan lebih mendalam.

2) Kualiti

Selain daripada belajar di sekolah, murid-murid juga boleh melayari blog saya untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai korban. Kesannya, murid-murid dapat mengetahui tentang cara-cara berkorban, hikmah berkorban dan sebagainya. Hal ini demikian kerana, semua murid-murid berpeluang untuk mendapat pendidikan mengenai korban dengan lebih terperinci. Jadinya, apabila mereka sudah meningkat dewasa, mereka sudah mempunyai pengetahuan yang cukup berkaitan tajuk korban ini. Oleh hal yang demikian, lahirlah murid-murid yang berkualiti dalam pelbagai aspek.

3) Ekuiti

Seterusnya, murid-murid yang menetap di bandar dan di luar bandar tidak terlalu jauh jurangnya. Hal ini dikatakan demikian kerana, melalui blog yang telah saya hasilkan ini ianya dapat merapatkan jurang antara orang yang menetap di bandar dan juga luar bandar tanpa mengira pencapaian dari segi kedudukan geografi, sosioekonomi, gender dan lain-lain. Oleh itu, hasil daripada blog saya yang berkaitan korban ini, ianya dapat merapatkan lagi jurang antara orang Islam yang berada dengan mereka yang kurang bernasib baik.

4) Perpaduan

Justeru itu, ibadah korban dapat mengukuhkan lagi perpaduan sesama masyarakat. Hal ini kerana, ianya memberi kesan yang tinggi terhadap sosial masyarakat dengan mengeratkan lagi hubungan silaturahim antara adik-beradik, jiran tetangga, saudara-mara dan ramai lagi tanpa mengira pangkat, darjat, usia mahupun bangsa. Melalui ibadah korban, perpaduan dapat dipupuk kerana murid-murid dapat berkenalan dengan orang lain semasa hendak melakukan ibadah korban. Malahan, mereka juga dapat bekerjasama dan membantu antara satu sama lain.

5) Kecekapan

Akhir sekali, kecekapan dalam ibadah korban dapat diperbaiki dengan adanya ilmu pengetahuan yang mendalam dalam diri seseorang supaya dapat menghasilkan murid yang berkebolehan dalam melakukan ibadah korban ini.



SENARAI RUJUKAN:

Abdullah Nur. (2016). Ibadah qurban dalam perspektif hadis. Jurnal Ilmu Studi Ushuluddin dan   Filsafat, 143-160.                       https://jurnal.uindatokarama.ac.id/index.php/rsy/article/view/80/61

Al-Quran al-Karim

Haikal. (2020). Pendidikan Agama Islam- ibadah korban [Video]. Youtube: https://youtu.be/huGz2Tk_n2o

Mohd Suhaimin Isnen. (2017, Disember 2). 5 Aspirasi pendidikan dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013 - 2025.      http://www.cikgusuhaimin.com/2017/12/5-aspirasi-pendidikan-dalam-pelan.html

Mohd Tony Saidi. (2013, May 6). Korban.                            https://www.slideshare.net/mohdtony/korban

Mufti Perak. (2013). Garis panduan pelaksanaan ibadah qurban. Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, 1-32. Garis panduan pelaksanaan ibadah qurban: http://mufti.perak.gov.my/images/hebahan/ibadah_qurban.pdf

Mulyana Abdullah. (2016). Wujud kedekatan seorang hamba dengan Tuhannya. Jurnal Pendidikan Agama Islam Ta'lim, 14(1), 109-116.                                          http://jurnal.upi.edu/file/07_Qurban_-_Mulyana.pdf

Sulaiman Endut. (2011). Asas-asas fardhu Ain. Pustaka Haji Abdul Majid.

Uqbah Amer, Nora'Inan Bahari, Fakhri Sungit. (2016). Hukum-hakam dan isu dan isu-isu dalam ibadah korban. Muzakarah Fiqh & International Fiqh Conference, 100-113. https://www.researchgate.net/publication/349125331_HUKUM-HAKAM_DAN_ISU-ISU_DALAM_IBADAH_KORBAN

Wikipedia. (2021, November 30). Wikipedia Ensiklopedia. Korban (Islam): https://ms.wikipedia.org/wiki/Korban_(Islam)

Zaitie Satibi. (2017, September 10). Korban eratkan hubungan. Harian Metro: https://www.hmetro.com.my/ekspresi/2017/09/261919/korban-eratkan-hubungan

 

 




TAJUK: IBADAH KORBAN

 Assalamualaikum dan hai semua..  💖Selamat datang ke blog pertama saya💖 Pada hari ini, saya akan memberitahu mengenai ibadah korban🐪 Hari...